Yang Merah Itu Saga....

Yang lorek itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang elok itu budi

Selamat datang ke blog Cikgu Sanisah khas untuk para pelajar. Diharapkan murid-murid dapat manfaat melungsuri blog ini.

Selasa, Julai 15, 2008

Apa lagi yang mereka buat?

Hai murid-murid!

Terima kasih cikgu ucapkan kepada para pelajar yang telah meninggalkan komen / catatan dalam blog cikgu. Melalui komen yang ditinggalkan dan perbincangan di dalam kelas, cikgu dapati bahawa kerjaya yang paling popular di kalangan murid adalah seperti berikut:
1) Guru
2) Askar
3) Pegawai polis
4) Ahli bomba
5) Doktor

Kebanyakan murid juga tahu tugas utama yang dilakukan dalam setiap kerjaya. Misalnya, Tauhid yang ingin menjadi seorang pegawai polis mengatakan bahawa seorang pegawai polis menangkap orang jahat.
Leyanna pula yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru tahu bahawa seorang guru mengajar murid.
Nuriffah pula yang bakal menjadi doktor memberitahu bahawa seorang doktor merawat pesakit.
Askar mempertahankan negara dan ahli bomba memadamkan api.

Soalan cepu emas minggu ini ...Apakah tugas lain yang dilakukan dalam kerjaya yang dipilih? Cikgu ingin murid-murid 'Google' dan kalau boleh melungsuri lelaman khas yang cikgu senaraikan di bawah untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang cita-cita murid-murid.

Selain daripada memadamkan api, apakah tugas lain yang perlu dilakukan oleh ahli bomba?
http://www.spf.gov.sg/index.html
http://www.learningjourneys.edu.sg/displayorg.aspx?oid=MINDEF&title=lj
http://www.moe.gov.sg/

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang jika dia ingin menjadi seorang doktor / guru / askar / pegawai polis / ahli bomba?

Murid-murid juga boleh bertanya kepada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang sudah bekerja bagi membantu murid-murid.

Selamat menjalankan tugas....

Selasa, Julai 08, 2008

Cita-cita Saya

Cita-citaku memang tinggi sekali
Inginku memegangkan jawatan tinggi
Bilaku dewasa nanti

Ingin berjasa pada nusa dan bangsa
Itulah idamanku hari ke hari
Berbakti pada ibu pertiwi

Tetapi jangan lupa ibu berkata
Citamu takkan jaya
Jikalau hanya berangan saja

Marilah kawan,
Hilangkan rasa segan
Janganlah ketinggalan dalam pelajaran
Majulah terus ke hadapan

Sesuai dengan topik kita sepanjang dua minggu ini, lagu ini memang sesuai dihayati oleh para pelajar. Mengapa agaknya? Beritahu sayalah ya...

Apakah kerjaya pilihan anda?