Yang Merah Itu Saga....

Yang lorek itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang elok itu budi

Selamat datang ke blog Cikgu Sanisah khas untuk para pelajar. Diharapkan murid-murid dapat manfaat melungsuri blog ini.

Selasa, Julai 15, 2008

Apa lagi yang mereka buat?

Hai murid-murid!

Terima kasih cikgu ucapkan kepada para pelajar yang telah meninggalkan komen / catatan dalam blog cikgu. Melalui komen yang ditinggalkan dan perbincangan di dalam kelas, cikgu dapati bahawa kerjaya yang paling popular di kalangan murid adalah seperti berikut:
1) Guru
2) Askar
3) Pegawai polis
4) Ahli bomba
5) Doktor

Kebanyakan murid juga tahu tugas utama yang dilakukan dalam setiap kerjaya. Misalnya, Tauhid yang ingin menjadi seorang pegawai polis mengatakan bahawa seorang pegawai polis menangkap orang jahat.
Leyanna pula yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru tahu bahawa seorang guru mengajar murid.
Nuriffah pula yang bakal menjadi doktor memberitahu bahawa seorang doktor merawat pesakit.
Askar mempertahankan negara dan ahli bomba memadamkan api.

Soalan cepu emas minggu ini ...Apakah tugas lain yang dilakukan dalam kerjaya yang dipilih? Cikgu ingin murid-murid 'Google' dan kalau boleh melungsuri lelaman khas yang cikgu senaraikan di bawah untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang cita-cita murid-murid.

Selain daripada memadamkan api, apakah tugas lain yang perlu dilakukan oleh ahli bomba?
http://www.spf.gov.sg/index.html
http://www.learningjourneys.edu.sg/displayorg.aspx?oid=MINDEF&title=lj
http://www.moe.gov.sg/

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang jika dia ingin menjadi seorang doktor / guru / askar / pegawai polis / ahli bomba?

Murid-murid juga boleh bertanya kepada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang sudah bekerja bagi membantu murid-murid.

Selamat menjalankan tugas....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selain daripada menangkap orang jahat, polis juga...

1)Menjaga keamanan awam

2)Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah

3)Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah

4)Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap

Tanpa Nama berkata...

Pakar ahli kaji purba juga dikenali sebagai Arkeologi. Mereka melakukan kajian, menggali dan mencari tulang-tulang dinosaurs. Tulang-tulang ini dinamakan fossil dalam bahasa Inggeris. Tetapi jika saya memilih bidang ini, saya terpaksa berjauhan dari ibu saya... Jika saya menemui species dinosaur baru, saya akan namakan nya 'Sanisaurus'. Saya akan cuba menjejaki dinosaurs di North Pole , Antarctica pula dan bukan di padang-padang pasir.

raehadaway berkata...

Casino Finder (Google Maps) - Mapyro
Find Casino Finder (Google 인천광역 출장샵 Maps). (1). 태백 출장안마 Casino Finder, located in 수원 출장안마 San Francisco. Mapyro 서산 출장샵 location. Mapyro 동해 출장샵 location.

Apakah kerjaya pilihan anda?