Yang Merah Itu Saga....

Yang lorek itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang elok itu budi

Selamat datang ke blog Cikgu Sanisah khas untuk para pelajar. Diharapkan murid-murid dapat manfaat melungsuri blog ini.

Selasa, Julai 08, 2008

Cita-cita Saya

Cita-citaku memang tinggi sekali
Inginku memegangkan jawatan tinggi
Bilaku dewasa nanti

Ingin berjasa pada nusa dan bangsa
Itulah idamanku hari ke hari
Berbakti pada ibu pertiwi

Tetapi jangan lupa ibu berkata
Citamu takkan jaya
Jikalau hanya berangan saja

Marilah kawan,
Hilangkan rasa segan
Janganlah ketinggalan dalam pelajaran
Majulah terus ke hadapan

Sesuai dengan topik kita sepanjang dua minggu ini, lagu ini memang sesuai dihayati oleh para pelajar. Mengapa agaknya? Beritahu sayalah ya...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cita-cita saya ialah menjadi seorang polis supaya boleh menangkap orang jahat. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Jikalau cita-cita saya tercapai, saya berjanji saya akan menjadi seorang pegawai polis yang setia.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dengan seni kata lagu "Cita-cita Saya". Saya juga mempunyai cita-cita yang tinggi. saya ingin menjadi seorang askar kerana saya hendak mempertahankan negara saya daripada serangan pengganas. Tapi saya mesti belajar bersungguh-sungguh dari sekarang.

- Muhammad 'Ilman B Abd Razak

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin menjadi seorang pegawai polis dan mejaga keamanan negara. Saya pun harus belajar dengan tekun supaya cita-cita saya tercapai.

Azmi Mohd Sahi

Tanpa Nama berkata...

Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang askar dan saya akan menolong negera saya dan mempertahankanya.Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Cikgu Sanisah berkata...

Wow! Cikgu rasa kamu telah berjaya menghayati lagu ini. Memang benar ya, kita harus rajin belajar demi mencapai cita-cita kita tidak kira sama ada kita hendak menjadi askar, pegawai polis, guru atau tukang masak.

Ayuh murid-murid! Jangan ketinggalan dalam pelajaran. Majulah terus ke hadapan. Demi masa depan kita...

Tanpa Nama berkata...

setelah menjadi askar,saya akan berjuang untuk negara.

Tanpa Nama berkata...

Pakar ahli kaji purba juga dikenali sebagai Arkeologi. Mereka melakukan kajian, menggali dan mencari tulang-tulang dinosaurs. Tulang-tulang ini dinamakan fossil dalam bahasa Inggeris. Tetapi jika saya memilih bidang ini, saya terpaksa berjauhan dari ibu saya... Jika saya menemui species dinosaur baru, saya akan namakan nya 'Sanisaurus'. Saya akan cuba menjejaki dinosaurs di North Pole , Antarctica pula dan bukan di padang-padang pasir.
Firdaus A Mutalib

EASYMONEYWORLDWIDE berkata...

ini lagu tahun 70an ni. tak ingat siapa penyanyi nya. facebook fadzil yusof. cos pada tahun itu oooo 1975 gitu.... cos i was supposed to sing this song thru the radio televisyen singapura bersama buat persembahan dgn class saya.

Daeng Filzah berkata...

Salam, siapa ya nama penyanyi tersebut. Tk

Apakah kerjaya pilihan anda?